JABATAN PERDAGANGAN
Tuesday, January 10, 2023
Tuesday, May 10, 2022
TAHNIAH DAN SYABAS
Sekalung Tahniah dan Syabas diucapkan kepada staf daripada Jabatan Perdagangan di atas kejayaan kenaikan pangkat yang diumumkan baru-baru ini. Semoga dengan kenaikan ini, mereka yang berjaya akan terus cemerlang menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Saturday, January 15, 2022
LAWATAN JABATAN PERDAGANGAN KE UMK
Satu lawatan penanda arasan telah dilakukan oleh delegasi dari Jabatan Perdagangan PMS yang diketuai sendiri oleh Ketua Jabatan Perdagangan bersama Fakulti Keusahawanan dan Peniagaan , Universiti Malaysia Kelantan. Lawatan ini telah diadakan pada 29 September 2020 yang dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Perdagangan. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama diantara kedua-dua buah institusi disamping bertukar-tukar pendapat dan idea didalam memajukan institusi masing-masing. Diharapkan hubungan dua hala ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Tuesday, January 11, 2022
MAJLIS APRESIASI
Jabatan Perdagangan telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar bagi semester akhir Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Akauntasi bertempat di Dewan Uniten. Pelbagai acara menarik telah dipersembahkan oleh pelajar dan juga pensyarah. Harapan daripada Ketua Jabatan Perdagangan agar semua pelajar beroleh kejayaan pada masa akan datang dengan cemerlang.
Subscribe to:
Posts (Atom)