Satu lawatan penanda arasan telah dilakukan oleh delegasi dari Jabatan Perdagangan PMS yang diketuai sendiri oleh Ketua Jabatan Perdagangan bersama Fakulti Keusahawanan dan Peniagaan , Universiti Malaysia Kelantan. Lawatan ini telah diadakan pada 29 September 2020 yang dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Perdagangan. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama diantara kedua-dua buah institusi disamping bertukar-tukar pendapat dan idea didalam memajukan institusi masing-masing. Diharapkan hubungan dua hala ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.